Aslam, Wahai saudara seislamku ;)
Nak story aku mimpi tengok cikgu sains aku tahun lepas meninggal. Sebelum aku mimpi ni, siang tu aku terbaca blog kepunyaan arwah Jasmin J Hunwick . Sebelum aku start story ni mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah yang sudah segenap setahun meninggal kita semua.. Siang tu aku terbaca blog arwah sedih sangat :'( sampai tiap kali aku baca coretan mama arwah mengalir air mata aku terasa sebak didada. Sayu teramat sayu walaupun aku tak pernah mengenali arwah tapi hati aku terasa dekat dengan arwah. Aku mengetahui kematian arwah dah lama masa tahun lepas dah. Kan masuk paper, tapi tahun ni entah kenapa tergerak hati aku nak baca blog dia.
Aku boleh rasa macam mana perasaan mama arwah betapa perit dan sedihnya, kehilangan seorang anak gadis yang dibelai diasuh sebesar tapak tangan hinggalah besar menjadi seorang anak gadis yang jelita,sopan dan comel. Tapi Allah tu maha menyayang, dia sayangkan arwah sebab tu dia ambil ketika muda. Untung sebenarnya mati masa muda, kalau aku pun nak juga. sebab tak banyak buat dosa kat dunia ni, Tapi kita yang masih hidup ni teruskan hidup dengan memperbanyakkan amal yang akan kita bawa ke alam sana nanti. Kita pun tak tahu bila kita akan mati entah muda atau tua. Jadi buatlah persiapan awal-awal.
Selepas, aku baca blog arwah, aku teringat kat arwah. Aku terfikir aku akan ikut dia sekali ke? Bila pula giliran aku? Masa aku remaja ni kah aku kan mati? Atau bila ? Ya, Allah hanya Allah sahaja yang tahu persaan aku betapa gelisah dan penuh kebinggunan. Sampai malam ke tido aku teringat bila aku kan mati? bila ? Masih cukupkah amalan aku di dunia. Aku digolongan mana? aku masuk syurga atau neraka :'( Ya, Allah aku takut....
Sampailah aku tertido -_- aku bermimpi cikgu aku meninggal, dalam mimpi...
Aku; Cikgu ni dah xde..
Fakta; Dia meninggal dunia sebab batuk berdarah..
Aku; Pucatnya muke die..
...............
tetiba, aku terkejut dari mimpi ngeriku kehilangan guruku :( Esok pagi ke sekolah. aku tengok cikgu tu masih hidup. Al-hamdulillah semalam cuma mainan mimpi Ya,Allah...
Selang sehari, Aku masih bermimpi Orang mati yang sudah siap dikafankan tapi mimpi tu tidak jelas. kelihatan putih dipandangan mataku..Takutt Ya,ALLAH aku takut :'( pagi esok aku kebinggunan sendiri apa yang aku rasa takut, sedih, jantungku berdenyut kencang. Hatiku gelisah, entah apa yang tidak kena aku pun tak tahu..
Malam seterusnya, Malam Jumaat. Malam yang penuh keberkatan. aku minta tak mimpi ngeri, mimpi pelik-pelik tak dah malam ni.. Malam jumaat 8.3.2013 aku mimpi aku ke mekah bersama kawan-kawan sekolah macam lawatan ke mekah. Aku boleh ingat sorang-sorang muka yang pegi sekali dengan aku. Indahnya mimpi tu, Semua pakai baju sembahyang kalau pelajar perempuan. Kalau laki-laki pula pakai jubah putih dan berkopiah ada bersereban pun ada :') tenangkan hati dan jiwa ragaku Ya,Allah...
*Ya,Allah aku ingin ditakdirkan aku meninggal dulu sebelum ibuAbahku sebab aku tak sanggup kehilangan mereka. Dan aku tak kuat disaat mereka meninggalkan ku....
No comments:
Post a Comment